Anak Kecil Berusia 20 Bulan Terperangkap Di Dalam Lubang Sedalam 50 meter..Pelbagai Usaha Digunakan..Ibunya Masih Berharap Anaknya Dapat Diselamatkan..Dan Inilah Yang Berlaku Setelah 10jam Mereka Berusaha…

Jom Share...

Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa-masa tertentu, kanak-kanak boleh menjadi nakal dan sukar untuk dikawal. Mereka tidak duduk dengan tenang, gemar berlari ke sana-sini dan mudah menjadi kotor.

Pada Sabtu yang lalu, Yuhang, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan sedang bermain berhampiran dengan sebuah jalan di kampungnya di Xi’n, Provinsi Shaanxi di China.

Pada ketika itu, Yuhang dijaga oleh datuknya. Walau bagaimanapun, Yuhang telah terjatuh dan terperangkap di dalam telaga yang dalam ketika dia sedang berdiri berhampiran sebuah lubang yang sempit.

Menurut pihak berkuasa, lubang tersebut sedalam 150 kaki atau 50 meter. Nasib baik, Yuhang hanya terperangkap sekitar 30 sehinga 40 kaki di bawah permukaan jalan dan tidak mencecah dasar lubang. Malangnya, bukaan lubang tersebut sangat sempit untuk membolehkan ahli pasukan penyelamat masuk.

Proses penggalian menggunakan jentolak

Tanpa berlengah, operasi penggalian secara besar-besaran menggunakan jentolak telah dilakukan. Lebih daripada 10 buah jentolak dan berdozen ahli pasukan bomba dan penyelamat berusaha untuk menyelamatkan Yuhang.

Mereka mengepam oksigen dan menurunkan makanan serta minuman kepada kanak-kanak malang tersebut. Beberapa faktor seperti kedalaman lubang telaga tersebut dan tanah runtuh yang berlaku ketika penggalian menyukarkan operasi penyelamatan tersebut yang mengambil masa hampir separuh hari.

Tambahan pula, Yuhang terlalu kecil untuk memahami dan menuruti arahan penyelamatan yang diberikan oleh pasukan keselamatan menjadikan operasi ini memakan masa yang lama.

Ibu Yuhang memastikan anaknya masih sedar

Operasi penyelamatan berterusan sehingga waktu malam

Akhirnya, Yuhang berjaya diselamatkan!

Setelah hampir 10 jam melakukan proses penggalian yang sukar, pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkan Yuhang daripada lubang tersebut dengan melilit tali di tangannya.

Operasi penyelamatan tersebut dirakam dan ditayangkan secara langsung di media penyiaran China. Orang ramai bersorak keriangan apabila Yuhang berjaya diselamatkan dan bertemu dengan ibunya kembali.

Yuhang kini sedang mengalami rawatan untuk kecederaan kecil yang dialaminya di sebuah hospital tempatan. Syabas kepada pasukan bomba dan penyelamat dan harapnya Yuhang cepat sembuh!

Era Baru

Jom Share...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shares
Close