Dua Remaja Yang Melarikan Diri Kerana “Cinta Terhalang” Akhirnya Dihukum Renjatan Elektrik Sehingga Mati…

Jom Share...

Dua remaja maut dihukum renjatan elektrik

POLIS Pakistan sedang memburu kira-kira 30 anggota majlis kaum, termasuk ketuanya yang mengarahkan pasangan remaja dikenakan renjatan elektrik sebagai hukuman kerana menjalin cinta terlarang dalam kes dianggap pembunuhan demi maruah.

Pasangan remaja dari etnik Pashtun yang tinggal di selatan Karachi, melarikan diri dari keluarga bulan lalu, namun keluarga remaja lelaki itu berjaya memujuk mereka supaya pulang kononnya untuk dikahwinkan dengan sempurna.

Menurut laporan media Pakistan, keluarga kedua-dua remaja bersetuju menyelesaikan masalah itu secara baik, termasuk mengahwinkan mereka serta bayaran pampasan kepada keluarga perempuan.

Bagaimanapun, jirga iaitu majlis suku kaum memutuskan pasangan remaja itu perlu dihukum bunuh.

Jirga memberi amaran kepada dua keluarga terbabit jika hukuman itu tidak dilaksanakan, keluarga serta kampung di tempat asal mereka akan ditimpa bencana.

Jirga amat berpengaruh dalam kehidupan suku kaum di pedalaman Pakistan namun amat jarang di bandar.

Menurut polis, remaja perempuan berusia 15 atau 16 tahun dan lelaki berusia 18 tahun, diikat pada katil.

“Jirga memutuskan kedua-dua remaja itu dikenakan renjatan elektrik oleh bapa dan bapa saudara masing-masing,” kata pegawai polis Amanullah Marwat.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudian ditanam secara senyap.

Polis sudah menahan ahli keluarga yang terbabit dalam pembunuhan itu tetapi anggota majlis jirga serta ketuanya melarikan diri dan sedang diburu.

 

Sumber : beritanova

Jom Share...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shares
Close