[GAMBAR] Majlis Sambutan Hari Lahir Nur Sajat. Cantik Betul Sajat Ni, Bikin Lelaki Sado Cair!

Jom Share...

Semalam telah berlangsungnya satu majlis sambutan hari lahir serta majlis doa selamat bagi pengasas produk kecantikan iaitu Nur Sajat yang diadakan di Wisma Nur Sajat yang terletak di Shah Alam.

Majlis yang diadakan sekadar sederhana dihadiri oleh ramai rakan-rakan terdekat dan sanak saudara berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Antara rakan-rakan selebriti yang turut hadir adalah Fasha Sandha, Dato Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida dan ramai lagi.

Rata-rata ramai peminat Nur Sajat mengucapkan selamat hari lahir melalui Instagram  setelah beliau berkongsi gambar-gambar menarik semasa berlangsungnya majlis sambutan tersebut. Berikut adalah beberapa gambar sekitar majlis tersebut.

HAJAT SEMPENA SAMBUTAN KELAHIRAN

Hajat Sajat sempena kelahiran tahun ini beliau ingin terus maju dalam perniagaan beliau dan kini Sajat mempunyai tiga cawangan kedai beliau iaitu di Ampang, Johor Bharu dan terbaharu di Shah Alam yang baru dibuka selama sebulan itu. Cawangan di Shah Alam ini dikira headquarter dan mempunyai beberapa bahagian kedai iaitu Nur Sajat Asthetic, Nur Sajat Gold serta Ready To Wear Nur Sajat.

Konsep One Stop Centre ini memudahkan pelanggan-pelanggan Sajat datang serta membeli belah di Wisma Nur Sajat. Seramai 30 orang staf yang bekerja di headquarter ini yang terdiri dari keluarga serta sahabat rapat Sajat. Alhamdulillah, murah rezeki Sajat kerana memberi peluang pekerjaan serta rezeki kepada ahli keluarga serta rakan-rakan beliau.

KEISTIMEWAAN EMAS NUR SAJAT GOLD 

Bila bercakap tentang kualiti serta keistimewaan emas Nur Sajat Gold ini, Sajat akan memastikan harga yang dijual di kedai beliau adalah harga yang paling terendah di pasaran dan juga harga mampu milik. Kualiti serta ketulenan memang tak perlu diragui, ini kerana Nur Sajat Goldmenggunakan emas 916 dan setiap rekaan adalah signature tersendiri Sajat yang boleh dipakai setiap peringkat umur.

INGIN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA TIDAK LAMA LAGI.

“Iya, siapa yang tak nak kahwin tetapi Sajat beri peluang sahabat baik Sajat iaitu Fasha Sandha untuk berkahwin dulu”, kata Sajat sambil berseloroh. 

Sajat mengatakan beliau ingin fokus dengan perniagaan beliau yang baru sahaja bertapak di Shah Alam dan memohon peminat-peminat beliau mendoakan yang baik-baik sahaja. In shaa Allah tidak lama lagi giliran Sajat akan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan beliau.

Pada masa yang sama, teman lelaki Sajat juga ada memberi kejutan pada hari jadi beliau dengan memberi jambangan bunga dan juga set barangan kemas. Woww, romantik sungguh Coach Yin ya.. Makan hati semua orang!

MANGGA HIJAU mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Nur Sajat, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang sihat dan juga sukses dalam perniagaan beliau.

Jom Share...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shares
Close