Tukang Cuci Antara 5 Pekerjaan Artis Sebelum Popular

Mesti Korang Tak Percaya? Tukang Cuci Antara 5 Pekerjaan Artis Ini Sebelum Popular..!

Jom Share...

Perjalanan hidup seorang artis berbeza-beza, ada yang di antara mereka dilahirkan daripada keluarga senang dan ceburi bidang ini hanya untuk menjadikan diri mereka popular dan dikenali.

Tukang Cuci Antara 5 Pekerjaan Artis Sebelum Popular

Tukang Cuci Antara 5 Pekerjaan Artis Sebelum Popular

 

Namun bagaimana pula dengan artis yang bermula dari bukan sesiapa dan hanya mencuba nasib dalam bidang seni demi untuk mencari sesuap nasi?

Pernahkah anda terfikir, bagaimana kehidupan artis tanah air ini sebelum mereka popular? Apakah pekerjaan asal mereka sebelum bergelar artis?

Berikut Murai kongsikan 5 artis dengan pekerjaaan asal mereka sebelum menjadi popular:

1. Pelakon, Remy Ishak

Image result for remy ishak 2017

Nama Remy Ishak kini sudah cukup dikenali dalam industri hiburan, baik dari segi popularitinya mahu pun bakatnya dalam bidang lakonan yang tidak boleh dinafikan. Namun disebalik kejayaannya itu lelaki ini pernah lalui liku-liku hidup yang ranjau sebelum mencari rezeki di ibu kota.

Remy Ishak menerusi laman blog miliknya pernah mendedahakan kehidupannya sebelum bergelar artis. Remy memberitahu dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan buruh sehingga lah dia berjaya menempa nama dalam industry hiburan.

Berikut antara tulisannya dalam blog terseut yang memberitahu pelbagai pekerjaan yang pernah dilakukan:

Daripada zaman aku cuci pinggan kat mamak stall, kerja nite club, kerja restoran, kerja hotel sehinggalah aku berada ditahap ni. Walaupun bukan satu tahap yang bagus, tahap yang boleh dibanggakan lagi, tapi sekurang-kurangnya aku telah merubah diri dan jalan hidup aku dari satu tahap ke tahap yang lain. Aku selalu macam tu, mengenang nasib badan dan mushabah diri.

Dari budak kampung yang buat kerja part time cuci kereta, kerja pasar, kerja buruh, aku berhijrah ke kota Lumpur untuk merubah hidup dan keluarga aku.

2. Penyanyi, Ziana Zain

Image result for Ziana Zain 2017

Rasanya ramai sedia maklum, penyanyi tersohor Ziana Zain ini pernah berkhidamt sebagai pramugari MAS (Malaysia Airline) sebelum bertapak dalam industry hiburan. Namun ramai tidak tahu, penyanyi ini pernah bertukar-tukar pekerjaan dari gaji serendah RM175 untuk meneruskan hidupnya sebelum bergelar artis.

Kerja pertama yang dibuatnya adalah sebagai tukang masak di kantin balai polis Seksyen 11, Shah Alam selama tiga bulan. Biarpun penat, Ziana bersyukur kerana mempunyai duit poket sendiri dengan gaji bulanan sebanyak RM175.

Peluang untuk menimba pengalaman hidup diteruskan apabila Ziana bekerja di sebuah kedai bunga di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam tetapi bukan sebagai penggubah bunga sebaliknya tukang cuci kedai dan hanya mampu bertahan selama sebulan.

Pada usia 18 tahun Ziana yang memiliki sijil dalam bidang pengkomputeran mencuba nasib sebagai kerani. Pun begitu kerja tersebut cuma bertahan selama tiga bulan kerana dia bosan terperap di pejabat.

Selepas itu dia bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang membuat televisyen dan radio di Seksyen 20, Shah Alam dan bekerja selama tujuh bulan sebelum bertukar kerja sebagai juruwang di Coffee House Hotel Quality Shah Alam.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjadi pramugari selepas dipujuk adiknya, penyanyi Anuar Zain yang terlebih dahulu bekerja di bidang berkenaan.

Sumber: Utusan

3. Penerbit, pengarah filem dan pelakon, Dato’ Yusoff Haslam

Image result for Dato’ Yusof Haslam 2017

Tanpa usaha seseorang itu tidak akan berjaya. Kejayaan Dato Yusof Haslam sebagai pengusaha filem amat dikagumi apabila dengan rezeki itu dia kini sudah boleh hidup senang dan mewah. Namun ramai tidak tahu bagaimana permulaanya dalam bidang itu sehingga dia berjaya dan miliki apa yang dia ada sekarang.

Sebelum bertapak dalam bidang seni ini hanya dengan pelakon tambahan ydengan upah serendah RM4 pada zaman mudanya dulu, Yusof Haslam sebenarnya pernah bekerja sebagai konduktor bas pada tahun 1974.

Namun pekerjaan ketika dia berusia 19 tahun itu tidak dapat bertahan lama kerana ianya bukan atas minatnya sendiri sebaliknya dipaksa oleh bapa dan abangnya yang juga bekerja sebagai konduktor bas.

Selepas berkhidmat sebagai konduktor bas selama 10 bulan, Yusof Haslam terus mengikat kontrak dengan Shaw Brothers untuk menjayakan filem warna pertama lakonan saya berjudul Penentuan

Sumber: Kosmo

4. Pelakon, pengacara, Tasha Shila

Image result for Tasha Shila 2017

Pelakon yang baru menempa nama di dalam indsutri hiburan beberapa tahun lalu ini mula mencari rezekinya sebagai pembantu di sebuah butik mewah di pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur. Meskipun hanya bekerja sebagai pembantu butik, namun bakatnya dalam bidang lakonan tidak dinafikan hebat dan semakin menyerlah berbanding pelakon-pelakon baru lain.

Tasha Shila sendiri tidak malu mengaku pekerjaan asalnya dalam majalah Keluarga di awal pembabiotannya kerana menurutnya pengalaman bekerja di butik mewah sebelum bergelar selebriti, membantunya sentiasa tampil dengan rapi di khalayak.

Sumber: Majalah Keluarga

5. Pelawak, pengarcara, Nabil Ahmad

Image result for Nabil Ahmad 2017

Siapa sangka daripada hanya bekerja sebagai seorang penghantar surat atau Mat Despatch, hidup pelawak Nabil Ahmad kini sudah jauh lebih senang dan mewah dari dulu. Semuanya berubah selapas dia dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro 2 pada tahun 2008.

Tidak pernah berselindung atau malu dengan kerjayanya, sebaliknya Nabil sendiri bangga dia dulu bekerja hanya sebagai seorang mat despacth. Kini nama Nabil Ahmad bukan sahaj dikenali sebagai pelawakdan pelakon malah pengacara terkenal.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 16 Oktober 2015

Sumber: Murai

Jom Share...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shares
Close