[TERKINI] PPIM TERJAH KOPI PAK BELALANG…SCAMMER RUPANYA DIORANG NI!

Jom Share...

PPIM Kembali lagi, kali ini dengan Skim Kopi Pak Belalang yang telah memperdaya lebih 300 ribu mangsa seluruh Malaysia, di serbu oleh PPIM yang diketuai oleh saudara Yusuf Azmi daripada UTK PPIM.

Skim MLM Kopi Pak Belalang yang diserbu PPIM didakwa menjalankan kutipan wang tidak berlesen dengan menjanjikan pulangan wang berganda kepada para pelabur. Ada yang melabur Rm5000 dan ada paling banyak sehingga Rm 3.8 juta. Ada juga laporan di mana ada pelabur yang disaman balik oleh kopi pak belalang sebanyak 17 juta.

 

PPIM telah memberi masa 7 hari untuk CEO Kopi Pak Belalang iaitu Dato’ Sri Dr Rozaini Hasan untuk menjelaskan tuduhan oleh mangsa-mangsa syarikat tersebut

 

Giliran Ustaz “Scammer” Pula Dibongkar Yusuf Azmi & PPIM!

Wakil dari PPIM Yusuf Azmi selaku aktivis PPIM dan Unit Tindakan Khas PPIM bersama Abang Ali, Datuk Hisham dan Ustaz Abdul Halim bertemu dengan Ustaz yang dikatakan menipu duit pelabur.

Yusuf Azmi, buat persidangan bersama mangsa dan ustaz untuk menyelesaikan masalah tersebut. Yusuf Azmi berulang kali menanyakan siapakah kepala dalam penipuan ini.

Yusuf Azmi cuba untuk memujuk Ustaz tersebut untuk kembali ke jalan yang benar, beliau mensyaki seseorang memperdayakan ustaz tersebut dan beliau terperangkap.

Ustaz tersebut ada menyebut nama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ini amat merisaukan lagi pihak PPIM.

Kelihatan Yusuf Azmi amat tenang sekali mengendalikan kes ini walaupun nampak beliau sangat geram dengan penipuan tersebut.

Kelihatan juga Abang Ali seperti tidak boleh duduk diam munkin kerana memendam marah.
Laporan Berita Mengenai Penangkapan Skim Pelaburan
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (forex) membabitkan nilai kerugian mencecah RM39.6 juta

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ketiga-tiga individu terbabit termasuk dalang utama sindiket berkenaan yang bergelar Datuk ditahan dalam operasi yang dijalankan sejak tiga hari lalu.

“Operasi bermula pada Selasa lalu hingga lewat malam semalam, kita telah tahan mereka di Maran, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

“Kesemua suspek menawarkan skim pelaburan forex dengan keuntungan 10% setiap minggu selama 4 tahun.

“Sebanyak 114 laporan polis telah dibuat ke atas syarikat MGC Capital Sdn Bhd bermula pada Februari tahun lalu sehingga bulan Julai 2017,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Acryl berkata sebanyak 20 kertas siasatan telah pun dibuka berkaitan penipuan terbabit.

“Pembayaran pelaburan oleh mangsa dibuat ke akaun Maybank menggunakan nama MGC Capital Sdn Bhd dan pendaftaran dibuat melalui laman web www.mgcforex.com.

“Kita kesan syarikat ini telah mula beroperasi sejak bulan Jun 2014 dan sekitar Ogos 2015 pembayaran telah mula gagal dibuat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan mengenai tangkapan tiga individu terbabit menerusi akaun Twitter miliknya, malam tadi.
Sessi Live Bersama PPIM

NotaKaki – Beringatlah semua bahawa tidak semua benda boleh diperoleh dengan mudah, sekiranya keuntungan itu mudah diperolehi percayala ada sesuatu ‘tidak baik’ berada dibelakangnya. Sebelum membuat sesuatu terutama dalam pelaburan wang yang banyak, selidik dulu dengan teliti supaya tidak menyesal di kemudian hari

 

 

Sumber : kecohsangat

Jom Share...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shares
Close