“UMMI,YE SAYANG,HAA DENGAR TU ANAK KITA PANGGIL KITA UMI BUKAN WALID YA,BUDAK-BUDAK TAK PANDAI MENIPU”-ANAK PANGGIL SAJAT UMMI

Jom Share...

 

Nama Nur Sajat di kenali ramai melalui bisnes kosmetik yang di usahakannya dengan tagline Let`s Cantik Jangan Mengata. Selain itu, akhir-akhir ini Sajat juga di rundum pelbagai kontroversi kerana di kata cuba untuk mengelirukan ramai netizen tentang jantinanya.

 

 

Di lihat sedang meniti bahagia bersama kekasih tercinta, Sajat pernah bersuara untuk mahu menamatkan zaman bujangnya dengan menjadi isteri kepada Coach Yen, seorang jurubina badan.

 

Sajat juga sudah mengambil 2 orang anak angkat kembar yang di jaga bagaikan anak sendiri.Kini anak-anak itu juga makin membesar.

 

Dalam satu rakaman video, kelihatan anaknya memanggilnya dengan panggilan Ummi. Sajat pun meyakinkan orang ramai bahawa dia sememangnya wanita sejati kerana katanya budak-budak tidak pandai menipu. Jika anak memanggilnya Ummi bererti dia adalah wanita,itu kata Sajat

 

 

 

Namun begitu, rakaman video itu menerima banyak reaksi lucu dari orang ramai :

“Kids do not know how to lie but are easily lied to..”

“Seumur hidup sya.. sya x pernah tgk prempuan yg cuba buktikan dia tu prempuan😂😂😂..”

“Tu laa. Pempuan tak gigih nak tunjuk dia pempuan…”

“mmg lha dia call u ummi, sbb u ajar mcm tu, if u ajar call walid, walid lha dipanggilnya.. bang sajat buat lawak..”

“kalau dari kecik di ajar panggil umie dah besar dia panggil umie lah deyy..cuba dari kecik di ajar panggil papa ke daddy ke ayah ke so bila dia dah besar tak kan nk panggi umie pulak ayooo budak budak pun boleh fikir logik nya..”

“Untung anak angkat dye..nak ape je mesti dapat..huhuhu..”

 

Baca Selanjutnya……….

GAMBAR TERKINI ANAK ANGKAT NUR SAJAT – INI SYURGA UMMI

Image result for anak kembar sajat

Baru – baru ini hangat diperkatakan mengenai gambar Usahawan Kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman mengandung yang tular di media sosial. Walau bagaimanapun menurut pengasas Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd itu yang mesra dipangggil sebagai Sajat, gambar beliau yang sedang mengandung itu sebenarnya diambil pada 2013 bagi tujuan pembikinan video komersial.

Hari ini, Sajat telah memuat naik gambar anak angkatnya di akaun Instagram beliau yang ketika itu berusia lima bulan. Menurut Sajat , pada mulanya beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat sehinggalah ditanya oleh ibu angkatnya mengenai kesudian beliau untuk mengambil sepasang kembar – lelaki dan perempuan yang baru dilahirkan di Kuala Lumpur.

Bayi kembar yang bernama Nur Syaza Sajidah dan Muhamad Syahmi ini adalah nyawa saya. Mereka kini berusia dua tahun dan Alhamdulillah, syukur kerana segala urusan untuk menjaga mereka dipermudahkan.

Ketika ditanya mengenai proses mengambil anak angkat ini, Nur Sajat menjawab;

Saya hanya membayar kos rawatan perubatan dan memberi sedikit sumbangan peribadi kepada ibu bayi kembar tersebut. Selebihnya, prosedur rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah dipermudahkan.

Sumber MStar Online

Jom Share...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shares
Close